SelaMat DatAng ke LamaN Liku² perjalAnanKU

Tuesday, August 23, 2011

raye...

da x lme lg da nk raye kn.. thn ni mcm thn2 lepas la.. bertugas di hari raya.. cume beze thn ni beraye ngn maritim.. 3 thn lepas punye raye ngn celcom.. tp x pe la.. x kesah la..asalkn leh blk beraye wlupn bkn raye ptama.. yg pntgnye nk braye ngn family n tunangksyn siti nor asniza kamaruzaman.. insyaallah klu ade rezeki.. tp thn ni dpt gak aku bbuke ngn ex awek aku.. yela.. sbb da btunang kn.. huhu.. bkn sng ho.. kesabaran membuahkn hasil.. puas ho pujuk ati tunang aku ni.. tp Alhamdulillah syukur.. dpt gak la bbuke n jenjln teman die soping mcm thn2 lepas.. syukur sgt2.. skang ni aku kat kapal.. nk tgk x pic aku kat kapal waktu skang ni..

jap nk upload....

ni ha..

at KM Rentap
 ni aku nk upload gambor jenjln ngn tunangksygn aku lak




aku ske tgk gmbr ni.. ni pn jnuh pakse nk suro die pakai spek

Saturday, July 30, 2011

~ jangan pernah menunggu untuk mengatakan... CINTA... ~

Alkisah ada seorang pria yang menyimpan
perasaan pada teman gadisnya. Hingga kemudian
pada saat pernikahannya, ia memutuskan untuk
mengatakan perasaan yang sebenarnya pada
gadis itu. Namun gadis itu akhirnya hanya
menganggap itu hanyalah sebuah canda.

Dan ada seorang pria yang ingin mengatakan pada
istrinya betapa ia mencintainya, namun ia tidak
pernah mengatakannya, hingga istrinya itu
meninggal dunia. Pria itu hingga sekarang terus
meletakkan bunga diatas batu nisannya. Dengan
ciuman dan kata-kata "AKU CINTA KAMU."
Entah apakah istrinya mengetahui hal itu?

Banyak kisah yang terjadi setiap harinya, dan kita
mungkin menyadari semua itu. Apa yang telah
terjadi kemarin, tak mungkin kembali... tapi
apakah kita bisa memastikan apa yang akan
terjadi besok?

Pikirkanlah tentang sesuatu yang ingin kita
katakan dan jangahlah kita selalu menunggu saat
yang tepat? Katakanlah cinta dan kasih sayang
itu.

Jika kau meninggalkan pesta yang ramai dan
berjalan bersama, hanya berdua dengan
seseorang... itulah cinta.

Ketika kau bersama seseorang, dan kau seringkali
mendiamkannya. Tapi ketika ia tak bersamamu
dan kau mencarinya... saat itulah kau merasakan
cinta.

Jika ada seseorang yang selalu membuatmu
tertawa, menatapmu penuh perhatian dan ingin
selalu pergi bersamanya. Kau sedang jatuh cinta.

Ketika kau melihat sebuah foto bersama, dan kau
mencari seseorang yang special...(untuk
mengetahui siapa yang berada disampingya difoto
itu) lalu kau membayangkan dirimu yang ada
disana... yakinlah kau sedang jatuh cinta.

Ketika kau tidak menerima telepon saat kau sibuk
belajar, tapi tak mampu menahan diri saat
seseorang menelponmu... saat itulah kau sedang
jatuh cinta. Jika kau lebih tertarik menerima
sebuah surat pendek dari seseorang daripada
surat-surat lain yang panjang... kau sedang jatuh
cinta. Ketika kau mendapat tiket gratis untuk
berdua, dan kau tak ragu-ragu mengajak
seseorang, kau sedang jatuh cinta.

Kau terus mengatakan kami hanyalah teman
biasa, tapi kau sadar kau tak bisa melepaskan diri
darinya... saat itulah kau merasakan cinta.

Cinta bukanlah sesuatu yang buruk dan semua
bergantung pada kita bagaimana
menginginkannya. Berbagilah, dan katakanlah
kepada orang-orang yang bererti

Wednesday, June 1, 2011

br blk blayOr

aku br blk blayor pg td..kol 0930h td smp kat jeti tg gelang.. tp nnti la aku cte.. x de mse.. hahahaha.. sori..

Thursday, May 12, 2011

Pesanan PDRM

Jika anda sdg mmandu d wktu mlm,& cermin kreta anda dilempar telur ayam.Jgn on wiper@pancut air.Trus mmandu dgn apa yg mmpu dilihat,hgga tba d tmpt slmt.Ini krna jika telur ayam bcmpur dgn air ia akn jd susu,& akn kaburkn 92.5% thap pglihatan mata kita,yg akn mmaksa kita bhenti tepi jln,& disitulah kita akn mjdi mgsa perompak.Inilah tknik bru dgunakn perompak...berhati2.

Tuesday, May 3, 2011

weekend

mggu ni x leh weekend la.. adoi.. plan punye plan td lecturer ckp x de weekend.. adoi.. panas ati btol sbb x de weekend.. klu bgtau awal2 x pe la.. ni pg td br bgtau.. x ke hangin sbb bndenye x leh nk weekend.. puas da aku pujuk ati aku supaye sabar tp masih lg x bjye.. hmmm.. pg td mngantok dlm klas trus x jd nk mngantok.. pastu ptg td msk klas kol 2.. aku dgr lebih2 kurg ckit pastu aku tdo smp la kol 4 sbb klas da nk abis.. x de smgt aku nk blajo n hilang mo-od aku nk blajo.. sekian luahan dari ati aku yg lara malam ni

Sunday, May 1, 2011

Hari peKerja 2011



1 Mei 2011 adalah merupakan hari buruh ataupun dinamakan hari pekerja.. ia juga adalah Hari Pekerja Antarabangsa dan akan disambut tiap-tiap 1 Mei.. dengan kesempatan yang ada ini sy ingin mngucapkn Selamat Hari Pekerja.. sume pekerja2 akan bercuti (public holiday la).. tp memandangkan esok adalah hari ahad n da mmg cuti make thn ni cutinye dibawa ke hari isnin.. maka hari isnin dpt la cuti lg.. jadi la cuti 3 hari.. sonok la kn.. tp aku cm biase la.. kne lak ahad ni duty.. sme je la jdnye.. x jd lebih gak la.. bagi yg bekerja pd 1 Mei kerjalah dengan amanah, jujur dan ikhlas.. Sbnrnye hari pekerja ni adalah merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. mase keje ngn Celcom dlu.. 2 kali gak la join sambutan hari buruh thn 2009 kat Stadium Putra Bukit Jalil dan thn 2010 kat The Mines.. time 2 best sbb awek aku pn ade.. die ngn opis die la.. tp ktorg jumpe la kat sne.. tp 2 dlu punye cte la.. skang ni aku da x de awek da sbb.. sbb.. sbb awek aku 2 da jd tunang aku da la.. tp tahun ni aku x dpt la join sambutan hari pekerja sbb skang aku kn ngh training pegawai APMM kat kuantan... maka dgn itu aku da x keje ngn Celcom da la.. klu x, thn ni kompom aku g lg.. thn 2011 ni wat Stadium Putra Bukit Jalil.. bestnye klu dpt g kn.. tp 2 la.. nk wat cmne kn..


sapa tahu tema Hari Pekerja Tahun ni???


Tema hari pekerja tahun ni ialah "Pekerja Merealisasi Transformasi Negara". 


sape tahu asal-usul hari pekerja??? sbnrnye aku pn x tau gak.. tp dari satu sumber yg dinyatakan oleh Rosa Luxemburg pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.


Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2002).
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk menganjurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu menganjurkan hari ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abdi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Yang pertama untuk mengikuti contoh pekerja Australia merupakan pekerja Amerika. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi ini. Namun, pada tahun 1888, mereka memperbaharui keputusan mereka dan mengambil keputsan bahawa perayaan seterusnya akan diadakan pada 1hb Mei, 1890.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang.
Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan cara seperti kilat idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuis dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.


* sumber : arts.anu.edu.au/suara/luxemburg1.rtf

Saturday, April 30, 2011

gondolkn rambut skuad2 aku


menggondolkn rambut skuad2 aku adalah menjadi salah satu aktiviti aku kat pusat latihan apmm sepanjang tempoh latihan.. tiap-tiap 2 mggu sekali adalah rutin aku dan skuad2 aku kne gondolkn kepale.. bg botak blk la.. tp aku nk bgtau ckit la.. sbnrnye mmg dr skolah menengah lg da aku da gunting rambut org.. (nk bgtau jugak)..huhu.. 

rambut ni sbnrnye bile da 2 mggu msti rambut da jd pnjg da kn.. so kne la potong.. br la nmpk kemas wlupn dogol.. huhu.. tp dogolkn rambut ni bknnye susah sgt pn.. mesin je tapak no satu.. pastu kemaskn lebih2 kurg.. cukur2 ckit sbb x bape nk pandai cukur byk2, pastu siap la.. tp klu bab cukur je aku mntk tlg abg faris cukur.. sblm ni mmg abg faris yg potong rambut utk division ktorg.. sbb aku kesian tgk die sorg yg potong jd aku tlg la die ngn menggunakan kemahiran yg aku ade.. 

abg faris cukur lebihan rambut ustaz amin



aku ngah gontolkn rambut syukri

Friday, April 29, 2011

wAniTa...

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15... Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga..

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.



Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah..

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah. 

uMur & roh

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu... ..1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin... besarkan anak...1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta..tambah bini... tambah anak... tambah padang golf... lepas tu... mati... lepas tu ..Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya....infiniti...Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya 

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.Wassallam.

Sunday, April 24, 2011

keNapA dgN fb akU ni


dr pg smlm (23 april 2011) aku mengalami mslh x leh nk cmnt kat wall org.. x leh nk cmnt kat wall sndr n leh cmnt kat certain pic je.. hangin je aku.. aku siap deactivate acc fb aku.. pastu bile aku bnde yg sme gak blaku.. masih x blh gak.. bndenye bpunce bile aku cmnt kat wall kak mizah.. skali bndenye x leh nk cmnt.. pastu die kuar Information about feature block 2.. tp aku click try again.. pastu die kuor lg, pastu aku click lg smp la byk2 kali, last2 jd lak cm gmbr kat bwh ni lak, gmbr ni kak mizah share.. hangin je aku.. aku siap deactive acc fb aku.. aku ngh menyisat lg ape mslh sbnrnye bnde ni berlaku.. ade someone bgtau aku mgkn sbb aku direport as a spam kat fb.. tp x pasti jugak.. tp mgkn blh jadi jugak.. tp tah lah.. aku akn cari ape sbbnye nnti..







"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.  

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara,  kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 
 ?? 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid  sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.  

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk  jokes,  gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....   

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Mengingati Mati dan Peringatan Mengenai Kematian



MATI ialah pengakhiran hidup manusia di dunia yang fana dan satu proses perpindahan roh manusia ke alam barzakh dan alam baqa. Mati ialah satu proses terpisahnya roh daripada jasad dan merupakan perpisahan alam yang realiti ke alam yang mujarad. Kematian akan dirasai oleh setiap jasad yang bernyawa apabila tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Setiap makhluk pasti akan mati. Ia dinamakan ajal mubram. Masa kematian boleh berubah daripada satu masa ke masa yang lain. Ia dinamakan ajal mu’allaq. Mati adalah penamatan hidup di dunia; dunia yang cukup dikejari dan disayangi oleh manusia. Apabila tiba pengakhiran hidup dengan kematian, ia tidak akan dapat ditangguh atau dipercepatkan. Ia tetap akan berlaku.

Hikmah kematian bukan sahaja pada diri si mati, bahkan  juga pada yang masih hidup. Pengakhir riwayat hidup individu mengandungi kebaikan dan bagi yang mati ia sebagai penamatan hidup yang baik (husn al-khatimah) atau penamatan hidup yang penuh keburukan (su’ al-khatimah). Bagi yang hidup, kematian orang lain merupakan satu pengiktibaran, menimbulkan keinsafan untuk mempertingkatkan amalan, bermuhasabah diri dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menemui Allah.

Hikmah dan Hakikat Kematian

Dalam Islam, adalah cukup disunatkan mengingati mati. Menziarahi orang sakit, orang nazak, terlibat dalam pengurusan jenazah seperti mandi, solat jenazah, mengiringi jenazah, talqin dan tahlil, semuanya mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati mati. Justeru persediaan perlulah rapi bagi mengadap Rabbul Jalil.

Dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah bertembung dengan dua kematian, iaitu kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah r.a. Peristiwa yang berlaku pada tahun kesepuluh kenabian Rasulullah s.a.w ini, sungguhpun menghibakan Nabi s.a.w, namun baginda tetap bersabar dan tabah menghadapi pemergian orang yang disayanginya ini. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w menghadapi pula tentangan hebat Mushrikin Mekah. Namun baginda tidak pula mengaku kalah, bahkan semangatnya semakin kuat. Inilah contoh yang perlu kita ikuti dan teladani. Dengan lain perkataan, hati perlu diperkuatkan walaupun sedih menghadapi kematian saudara terdekat yang tersayang.

Kematian adalah satu kemestian mengikut takdir Ilahi. Mengenai takdir kematian, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.” (al-Fathir: 11)

Ada kematian di sisi Allah yang tidak dinamakan mati, tetapi “hidup” di sisi Allah s.w.t. iaitu orang yang mati kerana perjuangan mati syahid yang tidak menyeleweng. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran: 169).

Tuesday, April 12, 2011

genap sebulan da....

ari ni 120411, huhu.. genap sudah sebulan aku jd tunang org.. mcm x pcye je aku da btunang.. ish5.. aku btunang ari 2 120311, tp 2 la.. aku rse mcm x cye je.. cm ppuan mgkn la rse die da btunang sbb ade cincin.. tp laki kurg ckit sbb x de cincin kn.. huhu.. 2 yg rse mcm x tunang lg, pdhal aku ni da btunang.. ingat dlm kpale je la.. skang ni pn da lain da.. rse cm ade tggungjwb ckit.. tp kawin nnti lg la kn.. mcm2 tggungjawab nk kne pikul.. tp ape2 pn idup msti dteruskan.. 2 je kot.. hehe...

Monday, April 4, 2011

mikhail dtg tgk uncle

smlm 2 april shbt aku syafiq dtg bwk wife die midah n mikhail... dorg g bercuti ke terengganu.. mikhail 2 br 2 bln da bjln smp ke tganu.. mmg best la die.. cm x cye je dorg nk dtg mule2.. tp last2 cye gak la sbb da muncul depan mate kn.. huhu... smlm kol 3.40pm dorg smp.. ni ha aku nk cte.. mikhail bdnnye keras btol..da blh tegak da bdnnye.. br 2 bulan 2..aku ingat klu sthn nnti ade die ajak btumbuk ngn abah die.. tp bgus la die..aku dukung die, diam je die.. x meragam pn.. baik je die.. dgn sihatnye bdn die..geram pulak aku.. tp mse nk blk 2 die mngamok kejap.. tah ape la yg x kne 2.. nnti uncle g tgk mikhail pulak ye.. 

Saturday, February 26, 2011

maRaH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...

Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...

Kasih Seorang Ibu...


 "Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"